Want your
own Fotopage?








 
Ali Bukhari's FotoPage

By: Ali Bukhari Amir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Monday, 22-Dec-2008 05:37 Email | Share | | Bookmark
Pengalaman hari raya kedua di Takeo

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 21 photos...

Some time ago, I really needed to buy a good car for my business but I did not earn enough cash and could not order something. Thank God my mate adviced to take the <a href="http://lowest-rate-loans.com">loans</a> at trustworthy creditors. Therefore, I acted so and was happy with my sba loan. Fri 30-Apr-2010 07:36
Posted by:WoodardLorena  - [Link]
Add comment


Wednesday, 10-Dec-2008 15:45 Email | Share | | Bookmark
Kekejaman Polpot

 
 
 
 
 
 
View all 12 photos...
Ini gambar yang saya ambil di Muzium Tuol Sleng

Then again, considering the maximizing revenues that are available,http://www.learningsoftwareoutlet.com/beats-pro Beats Pro buyying Nike boots -- this includes Nike runners, Nike personal trainers boots moreover grown to be sizzling hot deal. Expecially that emerging fall provide you with an opportunity to go for best, breathable,http://www.learningsoftwareoutlet.com/justbeats JustBeats cool,http://www.learningsoftwareoutlet.com/heartbeats HeartBeats high-technology Nike boots designed for working on sporting. The corporation program and even make money advise n entrepreneur to help you sall Nike boots as a result of internationally. Horrible competitiveness be responsible for Nike boots deal at the moment, considering the lesser and even low priced,http://www.learningsoftwareoutlet.com/beats-solo Beats Solo people can be loony buyying boots while not making plans for high-quality. Sat 28-Apr-2012 02:07
Posted by:freeruncheap  - [Link]
You'll find it perfectly located at the Magic Mile Facilities in Country Television. There's lots of softball bat,http://www.buynikefreerun.org/nike-free-run-shoes.html cheap nike free run to your notice the game? They usually have every single the flag of most Thirty two clubs coming from the Football chilling of their ceilings. I have to for maximum energy efficiency that each professional which will Possess seen is incredibly pleasant not to mention definitely address that this particular website are you finding your second home.http://www.buynikefreerun.org nike free run shoes There're noticably for a Famous Drink Could very well Roasted chicken precisely the masai have a completely rotisserie bread processed around Marijuana Daylight Lime spices this really is down the track roasting regarding the prepare.http://www.buynikefreerun.org/nike-free-2012-shoes.html nike free run 2012 You should not leave behind the idea site without testing their very own Blondies Dippers may be composed of home doughnut rips dusted with the cinnamon.http://www.buynikefreerun.org/nike-free-run-shoes.html cheap nike shoes Sun 29-Apr-2012 06:59
Posted by:jerseysalecheap  - [Link]
Most of the MLB Jerseys can be found located at many of the MLB chain stores as nicely word wide web retailers combined with computer all of these version of aside from that industry individuals.http://www.mlbfansjerseys.org/mitchell-boggs.html mitchell boggs jerseys Before getting a freak-out really should brows through the staying with attributes note.http://www.mlbfansjerseys.org/marc-rzepczynski.html marc rzepczynski jerseys Every so often actually you can find very far substandard quality wonderful is without question confused while using remarkable models.http://www.mlbfansjerseys.org/tim-duncan.html Tim Duncan jerseys Retailers is additionally of creates.http://www.mlbfansjerseys.org/kobe-bryant.html Kobe Bryant jerseys Sun 29-Apr-2012 08:56
Posted by:mlbfansjerseys  - [Link]
Add comment


Wednesday, 7-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Rahsia Dari Menara

Official Letter to HEP for Campus Election 05 by Mohd Husin, UKM
sambungan ... http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=15637
samb... nama2 itu tidak disiarkan ... tapi minta mrk (HEP) dapat
View all 20 photos...
Gambar-gambar ini boleh di muat turun atau dipindah terima oleh sesiapa sahaja. Tiada hak cipta yang terpelihara ke atasnya. --- H. Fansuri.

cool shots Wed 7-Sep-2005 06:15
Posted by:KNizam  - [Link]
Add comment


Wednesday, 24-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kenang-kenanganku di Surabaya, Indonesia - April 2005.

 
 
 
View all 88 photos...
Ketika saya mendapat khabar derita ini, lumpuh seluruh jiwa saya. Tuhan maha adil dan bijaksana. Derita 'kehilangan diri' ini dan lukanya saya bawa berlari ke Surabaya, Indonesia.

Saya rawat dengan segala keupayaan yang ada. Tanggal April, 2005. Seorang diri, dari lapangan terbang antarabangsa KLIA, saya berkelana sendirian dan ayahanda tercinta sedang menunggu kehadiran saya di sana.

Suatu malam yang hiruk pikuk, di Jalan Dolly, sebuah jalan jalangan, saya temui seorang 'Dewi'. Puteri Jawa ini sudah rosak. Dia mungkin rosak kerana dia merosakkan dirinya. Atau mungkin dia rosak kerana keadaan sekitar yang merosakkannya, saya tidak pasti. Apa pun, ada satu pengajaran yang boleh saya ambil ...

Puteri Jawa ini hadir ketika jiwa remaja saya resah. Lantas saya teringat sebuah lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Seakan-akan seniman itu pernah melalui saat-saat getir kehilangan diri seperti yang saya rasakan sekarang ini. Lagu itu ... "Dewi Ilhamku" ...

Lalu, saya namakan si cantik jelita Puteri Jawa yang saya temui di Jalan Dolly ini sebagai "Dewi Dollyku". Kisahnya kurang lebih, begini ...

Add comment


Tuesday, 9-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Ziarah Pak Said Zahari - 9 Ogos 2005

 
 
 
View all 15 photos...
Bersama Ahmad Lutfi Othman (Pengarang Siasah), wartawan Siasah Hafiz Baqi, saya berpeluang menemui mantan Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari (Pak Said). Saya tidak menyangka, bahawa akhirnya dapat bersua dengan tokoh wartawan veteren tanahair ini secara bersemuka. Sebelum ini, hanyalah memoirnya yang saya baca. Itupun belum sempat khatam.

Pak Said paling lama merengkok dalam tahanan penjara, kira-kira 17 tahun (1962 - 1979). Semuanya gara-gara mogok kaum wartawan Utusan Melayu pada 1961 yang diketuainya demi mempertahankan akhbar itu daripada cengkaman penguasaan politik.

"Rakyat mempunyai hak untuk tahu semua perkara dan mereka berhak membuat keputusan," demikian ujarnya. "Oleh itu, kerajaan tidak sepatutnya mengawal semua maklumat kepada rakyat."

Pak Said berkata, belenggu ini perlu dirungkai agar akhbar kerajaan tidaklah berterusan menjadi kuda tunggangan politik penguasa yang akhirnya menenggelamkan fungsinya sebagai alat yang membangkitkan pemikiran dan suara hati nurani rakyat seluruhnya.

Dan tanggapan khalayak mengenai bekas tahanan ISA seperti Pak Said, lazimnya dibayangi citra negatif. Watak mereka disimbah dengan tanggapan liar, "barangkali pidato-pidato mereka hangat menenggelamkan kedinginan malam. Cercaan, makian, umpat, fitnah dan mengeji umpama zikir yang menyebati dalam setiap ucapan dan pidato mereka," demikian kata sesetengah orang.

Termasuk saya juga terfikir begitu. Syed Qutb yang mengarang di dalam penjara pun kasar kerana dikepung oleh jeriji besi yang tidak peka dengan hati manusia. Pak Said mungkin salah seorang mangsa ISA yang terkesan dengan suasana itu. Tetapi, adakah benar beliau sangat merbahaya?

"Dia (Pak Said) lemah lembut," kata puan Nurul Izzah Anwar ketika saya dan rakan-rakan pelajar menziarahi keluarganya di Damansara. Ketika itu, kes saya di USM masih lagi dalam peringkat siasatan. "Kami semua menziarahi Pak Said ketika isterinya, Puan Salamah meninggal dunia."

Puan Nurul benar. Pak Said peramah orangnya. Lewat kiriman sms yang saya layangkan melalui telefon bimbit Pak Said minggu lalu disambutnya dengan baik. Kali kedua, beliau menelefon ketika pulang ke Kedah atas urusan konvokesyen USM yang bakal menjelang pada 12 Ogos. "Oh, ingatkan Ali di KL, kampung di mana? Nanti pulang KL boleh jumpa semula untuk bincang-bincang dan interview," lembut katanya menyusun bicara.

Hinggalah hari ini saya bertemu dengan. Dia masih sihat dan tersenyum menerima kedatangan kami. Percakapannya masih jelas dan ghairah bercerita mengenai masa silamnya. Ringkasnya, perbualan kami tidak pernah tersekat kerana beliau akan sentiasa membangkitkan persoalan-persoalan dan sentiasa memastikan perbualan itu tidak mati. "It's look nice," komen Pak Said ketika menyelak selembar demi selembar helaian muka surat akhbar kami, Siasah.

Sehingga akhir perbualan, saya mula faham. Pak Said bukan orang yang sepatutnya dipenjarakan. Beliau bukan merbahaya seperti yang disangkakan. Dia bukan pemidato handalan yang menyuburkan dendam kesumat di hati rakyat sehingga menimbulkan rusuhan. Orang begini bukan merbahaya kepada rakyat dan negara. Dia ditakrifkan sebagai merbahaya oleh sejuak kabilah elit penguasa dan akhirnya merengkok dalam penjara.

Sisa-sisa hidupnya dimamah usia hampir dua dekad. Apakah Said Zahari tidak menyesal kerana terpaksa menempuh garis-garis kehidupan yang terlalu lama? Anda masih setia dan mahu dengar cerita saya selanjutnya? ... Ceritanya lebih kurang begini ...

great shots. cool pics indeed.

::this is a community message:: the haze in klang valley is getting worst. kindly do pray (doa) for the rain. insya Allah the air quality index will improve then. spread this message to the other malaysian fotopages you know. tq & wassalam.


Tue 9-Aug-2005 14:46
Posted by:KNizam  - [Link]
Add comment


Friday, 1-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Saibon, kamu di mana?

Kelmarin saya jalan-jalan sekitar Jalan Langgar, Alor Setar. Di tepi Kompleks Yayasan Al-Bukhary, ada kedai DBP. Sengaja saya singgah sebentar di situ sementara menunggu waktu Asar tiba. Banyak yang saya suka bila berada di dalam syurga maklumat.

Saya terjumpa novel Hujan Pagi karya A. Samad Said. Hairan, novel begitu yang begitu terang-terang bercakap mengenai akhbar dan kebebasannya. Kemudian, kalau awak baca bab tujuh dalam buku ini, ada disentuh mengenai watak-watak mahasiswa juga. Mereka sedang sibuk berbincang-bincang. Dan, entah apa isinya, saya tidak tahu. Saya baca sekali imbas sahaja.

Tidak lama dahulu, ketika saya hadiri satu program diskusi anjuran PKPIM, Forum Lorong Tengah, (Forlot), tatkala itu Pak Samad sendiri yang memutar cerita lama; bahawa dengan terbitnya Hujan Pagi membuktikan bahawa dia (Pak Samad) itu cerdik.

Ya lah, terang-terang novel itu membicarakan masalah jurnalis dan kebebasan akhbar. Satu-satunya isu yang menjadikan telinga pemerintah menjadi merah lalu bernanah hanyir. "Tapi dalam novel itu," celah Pak Samad kemudiannya, "sekejap saya lari ke zaman silam, sekejap ke zaman moden. Jadi, barangkalilah sesetengah orang tidak dapat mengesannya."

Saibon, saya fikir penulis zaman dahulu bernasib baik. Zaman itu, editor dan pengarang akhbar masih menghormati mahasiswa dan sajak-sajak serta tulisan yang kritikal cepat tersebar luas. Zaman kita ini editor pun sudah tidak hormat tulisan yang 'garang-garang' ala-ala remaja macam kita. Tetapi, ada satu perkara yang membuatkan hati saya kembali sejuk.

"Editor sekarang ni berlagak, nampak saja tulisan, terus saja mereka nak sunting," kata Tuan Mansor. Pagi itu, saya dengan Dr. Fatimah Busu berbicara kisah lama. Haidi pun ada sama. "Semua editor sebaya usia kamulah, bukannya tahu banyak sangat selok-belok penyuntingan."

Tuan Mansor kata begitu setelah Dr. Fatimah menceritakan kekesalannya akibat novelnya yang terbaru telah rosak dan cacat kerana banyak sangat suntingan dibuat oleh editor-editor muda ini.

"Saya sendiri kalau nak menyunting, hanya melihat kesilapan ejaan atau kesesuaian ayat, adakah ia kena dengan konteks ayat atau tidak," tambahnya lagi. Melihatkan hal ini, saya teringat dengan wawancara Pak Samad Said dengan Dinsman di dalam Majalah MASA April lalu. (kalau saya tak silap)

Hal-hal seperti ini juga (masalah editor) turut disentuh. Dalam program Forlot PKPIM itu pun, beliau ada sentuh hal editor sastera di akhbar perdana juga. Entah apa masalah sebenarnya, saya tidak dapat mengupasnya jauh ke dalam.

Kedinginan uasana dalam kedai DBP cawangan Alor Setar, Jalan Langgar semakin menggigit lengan saya yang berbogel tanpa alas. Selesa dengan pakaian begini. Tapu, akhirnya saya terpaksa keluar kerana alah dengan kesejukan. Masa dalam Jawatankuasa Siasatan HEP pun macam itu juga. Pakai baju kemeja lengan pendek. Manalah saya tahan sejuk. Kalau di kuliah tu boleh lah kita curi-curi keluar lepas tu lepak kat Cafe Bakti sejam dua. Biasalah bicara tentang ketuhanan. Huh! Awak je lah yang nak menang kalau cakap dalam soal itu.

Sepasang kaki saya melangkah keluar. Di luar sana saya mencari Sulalatus Salatin. Enggak ada dong. Lalu, saya kembali semula ke dalam. "Cik, ada tak Sejarah Melayu?" saya bertanya dan wanita itu terpinga-pinga. "Err, Sulalatus Salatin". "Ohh, buku tu", wanita muda itu segera pergi ke suatu sudut lalu saya pun membelinya dengan harga RM10.

Kemudian, ketika saya melangkah keluar, mata saya tertancap kepada sebuah buku di luar. Astaga! Tadi, masa belek-belek buku di sini tak nampak pulak buku ni. Yang saya nampak Hikayat Umar Umaiyah. Kamu tahu buku apa Saibon? "Balada Orang-orang Yang Ditinggalkan" satu himpunan sajak dan puisi Tuan Mansor yang bertebaran dalam majalah-majalah dan akhbar sekitar 70-an dahulu.

Saya masuk semula dan beli buku Tuan Mansor yang lama dulu. Kalau dulu harganya RM2, sekarang kamu agak berapa? Ha ha ... RM0.60 sahaja. Saya beli dan simpan buat kenang-kenangan. Memang sengaja Tuhan lajakkan kaki saya ke sini hari ini. Memang buku itu tinggal sebuah sahaja lagi. Kecil dan nipis. Tetapi, bagi saya amat berharga. Saya nak tahu, apa yang ada dalam pemikiran dia itu. Itu saja. Sehingga kini saya masih 'study' sajaknya.

Awak tahu Saibon, saya rasa dia ini pun 'orang ganas dan merbahaya' juga cara berfikirnya kepada sesetengah orang. Nantilah, kalau ada masa saya cerita semula. Ada bait-bait sajaknya yang kontras dan berunsur ketuhanan ada juga. Tak apalah Saibon, motor Kriss saya tertinggal di luar. Saya tidak boleh tinggal lama-lama nanti takut hilang barang dalam raga motor tu. Asar pun hampir masuk.

Saya lalu membonceng motor dan terus ke Masjid al-Bukhary. Dari kejauhan kelihatan adik-adik puteri Maktab Mahmud berjalan beriringan dalam kumpulan menuju ke destinasi yang sama. Hai! teringatlah masa zaman budak-budak dulu. Zaman nakal dan selalunya saya membuat pemberontakan peribadi kepada ustaz-ustaz. Sambil melencong di selekoh, teringat kakak-kakak yang pernah mengorat saya semasa jadi junior dulu, ha ha...

Saibon, saya solat dulu ya... Tapi, saya cakap betul-betul pada awak, bahawa saya memang pernah mimpi awak solat sekali dengan kami orang Islam dalam sebuah masjid. Bezanya, awak tidak masuk saf kami. Awak solat di belakang seorang diri. Awak dah hampir kepada kami, cuma ada beberapa hal yang mesti awak fahami mengenai Tauhid. Nantilah, saya ceritakan lagi. Okay???

30 Jun 2005, 4.40 p.m


siapa di sana? Thu 21-Dec-2006 19:15
Posted by:ibnuamir
ibnu.ammar disini.. Thu 21-Dec-2006 23:02
Posted by:rausyan
bagus, apa khabar? keep in touch Sun 13-May-2007 14:39
Posted by:ibnuamir  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 25-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Eksploitasi Wanita Tiada Kesudahan

Artika Seri Dewi
iklan laptop, yang mana produknya?
ball girl
View all 25 photos...
“…adalah satu pakaian yang dipakai oleh Zamrud pada ketika itu ialah anak bajunya yang tiada berlengan itu hanyalah disangkutkan pada bahunya sahaja dan dadanya terbuka hampir-hampir kelihatan puting susunya.” [Ahmad Kotot, Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan, 1927]


Tudung pelangi hai tak pakai lagi,
Bajunya basah mandi air wangi,
Bibirnya merah delima merekah ...
Kain tinggi sebelah betisnya membayang
Itu dia Nona Malaysia.
Bajunya jarang hai ketat dipinggang,
Bunga di depan bunga di belakang,
Pinggang ramping diikat kuat-kuat, sampai susah bernafas …


Lagu: Nona Malaysia (R. Azmi)

http://garapmaju.tripod.com/baju.rm
http://garapmaju.tripod.com/itik.rm
http://garapmaju.tripod.com/tudung.rm
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita menarik nafas lega ketika mendengar usul perwakilan Umno Bahagian Alor Setar iaitu desakan supaya menteri wanita beragama Islam memakai tudung. Hal ini amat baik jika ia dijadikan budaya serta amalan berterusan. Semoga ia dapat diterapkan dalam Puteri Umno juga sehingga menjadi darah daging dalam parti.

Pemakaian tudung amat menepati semangat dan ruh slogan keramat, ‘Kepimpinan Melalui Teladan’. Dalam hal ini, kepemimpinan wanita Melayu beragama Islam mestilah juga menonjolkan sikap terpuji supaya dapat menjadi contoh teladan kepada wanita muda dan rakyat bawahan yang sentiasa memantau corak dan gaya kepimpinan mereka.

Pada tahun 1927, melalui watak Zamrud, Ahmad Kotot mula mengkritik corak pemakaian wanita Melayu yang dipengaruhi tempias angin perubahan Barat. Sesudah itu, dalam era 50-an, penyanyi seperti R. Azmi muncul dengan lagu Nona Malaysia yang turut mengambil peran yang sama seperti Ahmad Kotot. R. Azmi bernyanyi; tudung pelangi sudah tidak dipakai lagi oleh wanita Melayu.

Oleh itu, kita ucapkan tahniah kepada Umno bahagian itu kerana pucuk dan akar kepimpinannya masih segar lagi dalam memperjuangkan masalah eksploitasi wanita yang tidak pernah luput dibahaskan orang ramai. Mereka meletakkan satu syor yang amat tepat apabila menghubungkaitkan pemakaian tudung dengan eksploitasi wanita.

Usul itu berbunyi:“Mendesak keseluruhan menteri wanita beragama Islam dalam kabinet Barisan Nasional memakai tudung kepala bagi mengelakkan eksploitasi kaum wanita dalam Islam.” Semoga lebih ramai ahli perwakilan bahagian dan cawangan Umno yang bersungguh-sungguh memperjuang hal pemakaian tudung serta galakan berpakaian sopan agar ‘jenayah’ eksploitasi wanita dapat dibanteras dari semasa ke semasa.

Mungkin ia sukar dilaksanakan, tapi mereka harus memakainya secara istiqamah dalam program-program rasmi, semasa bekerja atau ketika berurusan di tengah khalayak. Kita mengharapkan agar hal ini dibincangkan lagi untuk memebentuk garis panduannya.

Misalnya, apakah perbuatan tidak memakai tudung bagi wanita Umno khususnya menteri dan pimpinan tertinggi parti boleh ditakrifkan sebagai salah laku dalam parti? Itupun, jika ada semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk berdebat mengenainya.

Seterusnya mungkin juga kita boleh apungkan pertanyaan, apakah kesalahan tidak memakai tudung ini boleh dihadapkan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk dikenakan tindakan tatatertib sepertimana halnya dengan isu rasuah dan politik wang dalam Umno?

Jika ditinjau nasib muslimah luar negara yang ingin mengekalkan tudung, mereka tidaklah sebaik wanita di sini. Mereka ditekan hebat sama ada melalui perundangan atau penghinaan masyarakat. Sultana Freeman dan Shabina Begum adalah antara contoh yang popular. Justeru, Islamophobia di Barat bolehlah diukur terhadap ketakutan mereka kepada wanita bertudung ini. Adakah semua yang bertudung itu merbahaya?

Kita cuma berharap agar apa yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini mengenai Islamophobia, sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa syak wasangka di antara Barat – Timur, Islam dan tradisi Judeo-Christian. Dengan dialog yang berterusan itu, semoga hubungan yang keruh sejak sekian lama dapat dijernihkan.

Itulah situasi di Barat. Namun, ada keganjilan kalau dalam konteks Malaysia yang aman ini, masih ada pihak yang menulis bahawa pemakaian tudung adalah haram kalau ia membawa kemudaratan kepada muslimah. Pandangan ini sangat lemah untuk diapungkan kepada masyarakat atau suasana yang aman seperti di negara kita.

Oleh itu, adalah menyedihkan ketika mendengar cerita mengenai seorang pelajar wanita Islam di sebuah universiti tempatan yang terpaksa mendepani masalah seperti ini apabila pentadbir IPT berkenaan mendendanya hanya kerana beliau memakai tudung.Jika benar, maka pihak pentadbir wajarlah memahami bahawa aurat muslimah wajib ditutup sementara hak mentafsir aurat itu, terpulanglah kebebasan pengamalnya sendiri.

Pengeksploitasian wanita adalah ‘jenayah’ tertua dalam sejarah peradaban insan. Menurut al-Qur’an dan Gospel, pengeksploitasi wanita pertama yang dikesan ialah Iblis, wanita pertama yang dieksploitasi adalah Hawa dan lelaki pertama yang dirosakkan oleh kegiatan eksploitasi ini ialah Adam.

Setelah Iblis gagal menggoda Adam, maka Iblis mempergunakan Hawa bertujuan melemahkan iman ketaqwaan Adam. Maka, tindakan Iblis ‘menggunakan’ Hawa sebagai helah inilah yang ditafsir sebagai pengeksploitasian pertama di dalam sejarah. Setelah itu, penjajah British selaku kapitalis telah menggunakan imej wanita melalui akhbar-akhbar. Dari situlah bermulanya sejarah eksploitasi wanita di dalam negara kita.

Terdahulu, media serta akhbar perdana negara pernah mendedahkan gambar gadis litar secara terbuka di muka depan. Di sini, timbul satu persoalan baru. Apakah pendirian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang juga seorang wanita dalam menangani dilema pengeksploitasian wanita secara berleluasa di litar lumba dan cabang sukan yang lain?

Tahun lalu di Madrid, beberapa pihak telah mengecam tindakan pengeksploitasian syarikat pengeluar minyak wangi ‘Boss’ ke atas gadis model berusia antara 19 – 28 tahun sebagai ‘ball girl’ (gadis bola) sepanjang tempoh permainan tenis berlangsung.

Pemain tenis terkemuka dunia, Andre Agassi berkata kepada Rediff.com, bahawa beliau tidak menyarankan tindakan ‘memperagakan’ gadis bola di gelanggang permainan tenis sebagai cara terbaik untuk mempromosikan permainan tersebut.

“I think it is important for our sport to understand its product clearly, and I'm not quite convinced this is part of our product,” Agassi memberitahu para wartawan selepas menonton sukan itu.

Kita harap, semoga garis panduan dapat dikeluarkan oleh pihak kementerian agar masalah eksploitasi wanita dalam kegiatan sukan khususnya melibatkan gadis litar, dapat diselesaikan dan kaum wanita dapat ditingkatkan kesopanan dalam berpakaian.

Sementara itu, angin kencang perubahan melanda Indonesia berikutan tersiarnya gambar dan berita mengenai penyertaan Artika Seri Dewi, 25, dalam Miss Universe 2005 di akhbar tempatan secara meluas. Kaum wanita memenuhi luar perkarangan perusahaan kosmetik Mustika Ratu di Jakarta kerana syarikat itu menaja mahasiswi berkenaan.

“Mustika Ratu jangan hancurkan moral bangsa!” kaum wanita menjerit sepanjang jalan utama Jakarta. Dahulu, kisah bekas ratu cantik wanita Afghanistan, Vida Samadzai juga mendapat bantahan dan kritikan ramai pihak termasuk rakyat negara berkenaan.

Kita mungkin hairan, kenapakah keprihatinan muslimah Indonesia kepada puteri mereka lebih menumpu kepada isu ini? Sedangkan kini, suara-suara feminis negara sudah tidak segagah di era 70-an dulu yang amat ghairah menentang aktiviti eksploitasi wanita. Apakah perdebatan mengenai imam wanita, monogami ataupun poligami lebih baik, serta lain-lain isu itu lebih utama daripada debat eksploitasi wanita, lalu feminis kita telah mula meninggalkan tumpuan perjuangan asalnya?

Kartini, ahli pertubuhan Keluarga Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI) berkata, basmi pengeksploitasian wanita ialah tunjang utama perjuangan memartabatkan wanita. “Iblis setelah kecewa menipu Adam a.s akhirnya dia menukar strategi,” sambung Kartini lagi, “lalu dia (Iblis) menggoda atau ‘mengeksplotasi’ kecantikan Hawa untuk memikat dan menjerat Adam agar memakan buah terlarang di syurga.”

“Mbak (Cik) Artika itu,” kata Kartini, 23, mahasiswi Media daripada Universitas Airlangga, “memakai bikini dan dunia melihatnya sebagai contoh wanita negara. Padahal pakaiannya itu, tidak mewakili cara hidup kita. Miss Universe adalah rencana global yang mengeksploitasikan wanita lalu mencelakakan umat seluruhnya.”

“Hampir semua calon itu adalah mahasiswi yang masih menuntut di universitas,” kata Iswanto (bukan nama sebenar), 22, mahasiswa Universitas Atmajaya. “Rektor-rektor universitas seluruh dunia wajar bertindak menghalang para mahasiswi itu tanpa mengira agama, ras dan keturunan mereka, daripada terus mencipta nama melalui saluran itu.”

Kita selanjutnya tertanya-tanya, apakah sikap yang mungkin boleh diambil dalam menangani dilema yang dihadapi sejak era ‘purba’ ini? Jawapannya, perancangan harus bermula bagi mereka yang sedar. Di peringkat kebangsaan, misalnya, kesedaran ini perlu ditiupkan melalui pihak berkuasa seperti Kementerian Pembangunan Wanita & Keluarga.

Ada perkembangan menarik ketika negara menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Menteri Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) tentang Pembangunan Wanita di Putrajaya. Negara kita patut memulakan kesedaran mengenai eksploitasi kepada NAM umpamanya dan mungkin boleh diteruskan kepada Persidangan OIC.

Antaranya, pakatan antarabangsa di antara ahli negara anggota diikat melalui draf perjanjian mengenai hal-hal di bawah. Melalui draf ini, negara anggota menyusun akta di negara mereka dalam rangka membasmi kegiatan eksploitasi wanita yang berleluasa kini. ‘Jenayah’ bertaraf antarabangsa ini harus ditangani secara kerjasama antarabangsa.


1. Melarang mana-mana ahli negara anggota di atas dari menjadi tempat menaja atau tuan rumah sebarang bentuk program Ratu Cantik.

2. Ahli-ahli negara anggota melarang keras warganegaranya tanpa mengira kaum, ras, agama dan kepercayaan daripada menyertai pertandingan tersebut.

3. Ahli-ahli negara anggota melarang mana-mana syarikat di negara mereka dari menaja rakyat mereka atau rakyat negara lain untuk menyertai pertandingan ataupun lain-lain hal yang boleh ditafsirkan sebagai eksploitasi. Jika perlu, pendaftaran perniagaan dibatalkan.

4. Syarikat luar negara (multinasional) juga tidak dibenarkan melakukan hal yang sama. Negara meletakkan syarat baru kepada syarikat; bahawa urusniaga di negara ahli anggota mestilah dengan menghormati ‘maruah’ wanita di negara berkenaan.

5. Ahli-ahli negara anggota mengharamkan ‘import-eksport’ pakaian yang mendedahkan tubuh badan wanita antara negara-negara. Perusahaan pakaian yang mendedahkan tubuh wanita diberi notis menghentikan perniagaan dalam tempoh tertentu secara beransur.

6. Selaras dengan pengantarabangsaan universiti, maka pentadbir universiti seluruh dunia patut melihat keterlibatan mahasiswi dalam program Ratu Cantik sebagai masalah serius dan perlu ditangani dengan hikmah–persefahaman di antara pentadbir IPT. Memorandum khas mengenai hal ini diwujudkan serta disebarkan di seluruh negara untuk menghalang penyertaan mahasiwi ke dalam pertandingan tersebut.

7. Penaja pertandingan Ratu Cantik di pelbagai peringkat juga perlulah meletakkan syarat bahawa mana-mana mahasiswi dilarang menyertai pertandinan tersebut.

Syor di atas, tidaklah dapat menewaskan ‘jenayah’ eksploitasi wanita yang tertua dalam sejarah peradaban manusia. Melainkan dari semasa ke semasa, semua pihak yang sedar akan tanggungjawab sosial akan bekerja terus melahirkan pandangan, cadangan dan formula terkini dalam upaya menumpaskan pengeksploitasian ini.


Ibnuamir al-Pendangi

Garap (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan),
Tunjungan School of Thought.

Add comment


Sunday, 3-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Putera Umno–martabatkan suara anak muda utk perjuangan Alif,BaTa

 
 
 
View all 6 photos...
“Ada keseimbangan perjuangan dalam parti,” demikian kata seorang pelajar IPT ketika membaca laporan mengenai penubuhan Putera Umno telah diluluskan oleh Majlis Tertingginya baru-baru ini. Jika tidak, katanya, Puteri Umno saja berjuang, puteranya di mana? Sesetengah pihak pula berkata, semoga polemik tidak berlaku seperti desas-desus Puteri Umno yang seakan-akan menyaingi Wanita Umno tidak lama dahulu.

Tetapi itu sekadar hipotesis-hipotesis nakal yang mungkin berniat membangkitkan kekecohan dalam parti. Semoga ia tidak berlaku. Dalam tinjauan awal, kita lahirkan rasa sukacita dengan penubuhan Putera Umno ini.

Penukaran nama daripada Briged Putera–Putera Umno sudah pun membayangkan penghormatan secara tersirat. Moga-moga suara anak-anak muda Melayu semakin meriah dan dihormati di mana-mana. Mungkin daripada gerak kerja sosial, maka ia akan berubah kepada gerak kerja yang bakal mengambil peranan untuk membawa keprihatinan masalah pelajar-pelajar Melayu dan bumiputera di negara kita. Ini lebih bermanfaat.

Misalnya, kajian pada 2003 bertajuk Pendidikan: Masalah Pelajar Melayu Pulau Pinang pada Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang di USM mendapati kekurangan berat badan atau zat pemakanan adalah punca kemerosotan murid-murid sekolah rendah sebahagian besarnya kaum Melayu dalam pelajaran.

Kira-kira 60 peratus murid Tahun Empat, Lima dan Enam yang ditemui didapati tidak mencapai tahap kesihatan normal. 10 sekolah dikaji sekitar Pulau Pinang dan tidak ada seorang pun lulus mata pelajaran UPSR sepanjang tempoh enam tahun pembelajaran. Itu baru permasalahan pelajar-pelajar Melayu Pulau Pinang yang tecicir dalam pelajaran. Mungkin hal ini boleh turut sama dibangkitkan oleh Putera.

Mengenai masalah kemiskinan Melayu Pulau Pinang pula, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dalam kenyataannya beberapa tahun lalu pernah menyebut bahawa Melayu Pulau Pinang kelihatan tidak berubah sejak era penjajahan Jepun dulu. Kalaulah hal ini diabaikan Putera Umno dan pelajar Melayu khususnya di Pulau Pinang, maka hal ini sudah pasti menumbuhkan barah penyesalan.

Genap setahun usia Kementerian Pengajian Tinggi, maka seharusnya kementerian ini bertindak pro-aktif ke arah memartabatkan perjuangan pelajar Melayu di bumi sendiri. Bukan sahaja keahlian Putera perlu digalang sendiri oleh Pemuda, bahkan tanggungjawab ini terpikul sama oleh kementerian juga. Dan sudah tentu, universiti bertaraf antarabangsa dan penyelidikan seperti USM sepatutnya memikul amanah ini untuk kemaslahatan orang Melayu di negeri ini. Pendek kata, keahlian Putera perlu dibuka kepada mahasiswa.

Di Selangor, sebuah akhbar melaporkan kira-kira 18,402 Putera telah didaftarkan. Jumlah ini sebenarnya masih rendah kerana ahli Pemuda dari 18 – 25 tahun akan menjadi ahli Putera secara langsung. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo menyarankan agar Pemuda mensasarkan 10,000 ahli baru di bahagian masing-masing dalam tempoh dua bulan agar mencapai sasaran 28,000 ahli.

Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Tun Hussein, berkata hal ini tidak mempengaruhi Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971 kerana gerakan itu tidak bersifat politik. Beliau selaku Menteri Pelajaran berkata: “ … kumpulan (Putera) ini yang membantu Pemuda menggerakkan aktiviti untuk manfaat golongan tersebut”.

Tapi, ada beberapa seksyen di dalam AUKU yang menyekat kehadiran Putera ke dalam universiti. Antaranya ialah Seksyen 15 (1), (2), (3) dan (4).

Seksyen 15 (1), AUKU memperuntukkan: “Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menjadi seorang ahli atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, … kecuali sebagaimana diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor”.

Seksyen 15 (2): “Tiada suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, sama ada ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan atau selainnya, boleh ada apa-apa gabungan, persekutuan atau apa-apa jua urusan lain dengan mana-mana persatuan, parti politik, … kecuali sebagaimana diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor”.

Seksyen 15 (3) dan (4) lebih berat kerana mana-mana pelajar atau pun pergerakan pelajar tidak dibenarkan membuat suatu yang boleh ditafsir sebagai menyatakan simpati, sokongan terhadap mana-mana parti politik dan sebagainya. Kedua-dua seksyen ini pula tiada pengecualian langsung daripada Naib Canselor.

Sekadar menukilkan beberapa contoh Melayu Pulau Pinang yang terpinggir dalam arus kemodenan, beberapa tahun lalu, Pemuda UMNO Tanjung mengadakan demonstrasi berdekatan Lorong Selamat agar kerajaan negeri membina rumah orang Melayu di tengah bandar. Kemudian, isu enam buah rumah penduduk Melayu di Lebuh Hutching yang mengalami masalah yang sama.

Demikian juga dengan kuarters kerajaan di Jalan Haji Zainal Abidin dan Lorong Selamat yang dirobohkan. Kali terakhir saya dan rakan-rakan membuat tinjauan, sebuah bangunan Kristian sedang dalam pembinaan di sekitar tanah perkuburan Yahudi (Jewish Cemetery) di belakang Menara Umno.

Dengan kepelbagaian mehnah dan tribulasi yang kian mencengkam Melayu Pulau Pinang, maka di manakah suara Putera Melayu? Secara tidak sedar, kita telah meletakkan Putera Umno di universiti-universiti di ‘Tanjung’ dalam dilema. Mereka ingin membantu masyarakat sekitar, tetapi kekangan akta-akta ini membunuh daya kreativiti mereka.

Itu belum dikira dengan gelagat lumba haram muda-mudi Melayu sekitar Gelugor berhampiran USM saban malam minggu. Pelajar Melayu universiti prihatin tentu berasa terpanggil bagi memperbaiki hal ini. Pendekatan kaunseling rakan sebaya amat berfaedah daripada perlumbaan bersama polis dan penguatkuasa undang-undang yang lain.

Kelahiran Putera tepat pada masanya. Perubahan mesti dilakukan segera. Oleh itu, Suruhanjaya Memperbaharui Undang-undang yang baru diusul oleh Majlis Peguam perlu peka dengan dilema ini. Bagi membolehkan keterlibatan Putera dan meraikan keinginan pelajar universiti untuk memasuki Putera Umno, maka beberapa seksyen dalam AUKU seperti di atas, adalah disyorkan dengan beberapa pindaan.

Kita harap ‘suara’ orang muda dalam Putera Melayu tidaklah dipinggirkan oleh Umno. Jangan dilupakan bahawa Sulalatus Salatin pernah merakam kisah seorang budak yang dibunuh setelah beliau memberi pandangan mengenai kaedah yang berkesan untuk mendepani serangan todak dari laut. ‘Kesilapannya’ hanya satu; kerana dia mengangkat suara dan pandangannya di hadapan penguasa demi menolong rakyatnya yang menderita.

Bencana Tsunami dari laut juga memperlihat kesungguhan putera-puteri Melayu dan pelbagai ras daripada seluruh universiti yang turun padang untuk membantu mangsa-mangsa bencana itu. Aktiviti sosial memang mereka mudah hulurkan.Tapi, suara mereka demi membangunkan bangsa itu yang lebih diperlukan oleh masyarakat kita kini demi menyahut perjuangan Alif, Ba, Ta (Agama, Bangsa dan Tanahair).

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Undian:

1. Pada pandangan anda, adakah Umno akan memberikan ruang kepada Putera untuk melontarkan pandangan, usul dan cadangan mereka dalam sebarang keputusan, seperti melantik kepimpinan Pemuda dan lain-lain? (http://groups.yahoo.com/group/GARAP-Net/surveys?id=12005717)

2. Pada pandangan anda, adakah Dewan Rakyat akan meminda atau memansuhkan Seksyen 15 (1), (2), (3) & (4) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971), Pindaan 1975 [Akta 30] bagi membolehkan keahlian / pendaftaran Putera Umno dalam kalangan pelajar-pelajar universiti? (http://groups.yahoo.com/group/GARAP-Net/surveys?id=12005718)

http://www.suaramahasiswa.net
http://www.mahasiswanegara.net
http://harapanonline.blog.net
http://www.idealis-mahasiswa.net
http://ibnuamir77.fotopages.com
http://ibnuamir.multiply.com (http://ibnuamir.multiply.com/journal/item/18)

Kipas laa kuat2.. mana tau leh jadik menteri lak pas nih.. Sun 3-Apr-2005 11:52
Posted by:Tukang pengipas
Dulu Kini & Selamanya Wed 25-May-2005 19:13
Posted by:~farah~  - [Link]
ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhllllllllllaahrrrrrrrrrnrrrrnrnnnnnnnnrnnttttryyyryyryy5tuuuyuuhigfiitidsaiiiiijyhyhyxgtcycgtgctygctygycyuhyuhjucjivjovjvovvjvlvkcvuicvjkcbucvcvhycduhjucucvjkcicvkcvcvvcvlkivkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkfffffkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmgggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb? Thu 28-Jul-2005 11:45
Posted by:shazwani
Add comment


Sunday, 13-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Memelihara kedaulatan undang-undang tanggungjawab bersama

Centenary Volume: 30 articles selected 1878 - 1975
The Study - Ancient Times in the Malay Peninsula&Straits Malacca
A History of Classical Malay Literature
View all 11 photos...
Jika diteropong dengan mata rohani, jelaslah bahawa protes dan bantahan pertama ke atas kemusnahan alam sekitar ini datangnya daripada para malaikat kepada Tuhan. Ia berlaku jutaan tahun dahulu ketika pentadbir alam ini menggagaskan idea Khalifah Adam dan keturunannya sebagai wakilNya di bumi.

Isi kandungan protes terhadap kemusnahan alam sekitar itu berbunyi lebih kurang begini: “Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), pada hal kami (malaikat) sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” – (al-Baqarah:30).

Isi kandungan ‘memorandum bantahan’ itu meletakkan isu pertama; bencana dan kerosakan di atas bumi sebagai alasan utama kenapa protes sulung itu dibangkitkan dan yang keduanya mengenai pertumpahan darah sesama manusia. Kemusnahan alam sekitar itu mendapat perhatian Tuhan kerana kita akan terjumpa dengan beberapa potongan ayat al-Qur’an yang menjelaskan mengenai isu kemusnahan alam sekitar. Allah s.w.t kembali menyebut hubungan kemusnahan dan kerosakan alam ini dengan perbuatan manusia.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. (ar-Ruum: 41)

Dari sini timbulnya idea mengenai hukuman dan pembalasan Tuhan ke atas insan yang dengan sengaja merosakkan alam. Bahkan kejadian kiamat, iaitu kerosakan seluruh isi alam ini ada kaitannya dengan kerosakan akhlak manusia, bukannya Jin atau makhluk-makhluk lain. Maka, al-Qur’an diturunkan sebagai satu laluan yang menggarap inti ajaran atau sebagai perundangan yang mendidik insan mengenai tatacara mencatur kehidupan alam dengan baik.

Malaysia sebagai sebuah negara Islam dalam watak Melayu tidak dapat melarikan dirinya daripada perundangan Islam sebagai sumber hukum untuk mendidik manusia agar menghormati alam ini. Misalnya, terdapat undang-undang dalam ketenteraan Islam yang melarang keras tenteranya daripada memotong kayu kayan dan tumbuh-tumbuhan tatkala melanggar sesebuah negeri.

Dunia ialah penjara bagi orang-orang beriman. Maka, bagi insan yang berwatak suci sudah tentu mempunyai etika ataupun undang-undang dalaman yang mengawalnya daripada merosakkan dunia yang diamanahkan kepada mereka. Namun, bagaimana pula mereka yang tidak dapat mengawal hati dan perasaannya daripada merosakkan alam ini?

Syed Qutb di dalam al-Ma’lim fi at-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) menyebut bahawa insan itu adalah sebahagian daripada alam itu sendiri. Dengan itu, dalam konteks yang lebih luas, perbuatan merosakkan dan merampas hak manusia lain seperti mencuri, merompak, mencabul kehormatan orang adalah termasuk dalam dimensi kerosakan alam juga. Kita harus berfikir dengan jelas kenapa ‘undang-undang dalaman’ makin terhakis?

Jika ada ratusan akta dan ‘undang-undang luaran’ yang tidak berkuatkuasa dengan kukuh sekalipun, keseluruhan alam ini terpelihara dengan baik kerana wujudnya undang-undang dalaman yang kukuh dan tebal kerana ia dirantai dengan pengawasan Tuhan.

Namun, sebelum kita memanjangkan undang-undang dalaman, maka ada baiknya juga kita memikirkan langkah-langkah dan strategi bagi memulihkan kedaulatan undang-undang luaran seperti akta-akta yang sedia ada untuk menjamin kesejahteraan bersama.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya 7 Mac lalu di Utusan Malaysia berkata, kerajaan bersetuju meminda undang-undang lapuk sebagai respon kepada usul Majlis Peguam untuk tubuhkan Suruhanjaya Memperbaharui Undang-undang. Hal ini kerana, undang-undang alam sekitar dikatakan tidak lagi begitu berkesan untuk mencegah mereka yang terbabit dalam jenayah itu.

Sementara lagi, undang-undang negara didakwa telah lapuk kerana ia diamalkan puluhan tahun dahulu sejak era penjajahan lagi. Hal memansuhkan undang-undang lama digantikan dengan yang baru tidak ada salahnya di dalam Islam. Bahkan ia diharuskan.

“Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?” (al-Baqarah:106)

Dari sini, dapat kita lahirkan pelbagai persoalan. Memansuh atau meminda akta-akta itu bertujuan mencari pilihan lain yang lebih baik atau setara dengannya. Tapi dalam nas di atas, ‘akta-akta’ Tuhan, hanya Dia saja yang berhak mengubahnya. Dalam undang-undang manusia, pihak manakah yang lebih berhak memansuh dan memindanya? Kuasa kerajaan (Government of the day) atau kuasa Parlimen?

Adalah disyorkan agar Suruhanjaya ini berfungsi sebagai alat memungut pendapat khalayak untuk dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan bersama ahli parlimen. Oleh itu, Suruhanjaya ini perlu diletakkan di bawah Parlimen dan bukan di bawah eksekutif.

Seterusnya, apabila membahaskan akta-akta lapuk, kita tidak hanya membataskan perundangan alam sekitar sahaja melainkan mestilah menjangkau kepada undang-undang yang lain juga seperti kenyataan Majlis Peguam. Kamus Dewan telah menakrifkan lapuk sebagai ‘terlalu lama atau tua, tidak berguna lagi, usang’. Negara ada beratus-ratus akta. Bayangkan jika terlalu banyak akta lapuk bagaimanakah mahu capai ‘kedaulatan undang-undang’ sebagai salah satu sendi atau rukun negara?

Namun, tidak semua yang lama itu perlu diubah. Adat resam pelbagai masyarakat adalah sejenis ‘undang-undang’ yang dikatakan sebagai: “tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas”. Oleh itu, tidak semua yang lama itu harus diubah semua. Mana-mana yang bercanggah dengan falsafah Melayu, al-Qur’an dan sumber-sumber kebenaran dari sudut pandangan agama-agama lain itulah yang perlu diperbetulkan semula.

Kita perlu menyemak semula Upanishad, Bible, al-Qur’an, Sulalatus Salatin dan lain-lainnya agar perundangan selaras dengan falsafah pemikiran masyarakat kita dalam usaha mengganti akta-akta lapuk. Pelajar undang-undang boleh adakan seminar berkala bagi mengkaji undang-undang dan hasilnya diserahkan kepada Suruhanjaya itu.

Kita percaya jika penguatkuasaan dijalankan dengan rapi sekalipun tapi akta-akta itu sendiri longgar dan dendanya tidak berkesan, maka ia tidaklah mengundang apa-apa kesan yang baik. Media harus paparkan kerosakan-kerosakan yang pernah dibuat ke atas alam semulajadi. Sementara itu akhbar boleh berperanan menyiarkan mana-mana syarikat atau individu yang membuat pembalakan haram selama ini untuk tatapan bersama.

Untuk menjamin kedaulatan undang-undang agar selaras dengan status Malaysia sebagai Negara Islam, Majlis Peguam mungkin dapat merangka kursus intensif undang-undang sivil dan undang-undang Islam yang khusus kepada semua wakil rakyat tanpa mengira agama – bangsa. Hal ini kerana, tidak semua mereka mempunyai latarbelakang ilmu perundangan sivil dan syariah. Ilmu perundangan, mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam usaha memperbaiki akta-akta lapuk melalui Parlimen.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selesaikan konflik alam – manusia melalui pendekatan undang-undang

Jika diteropong dengan mata rohani, jelaslah bahawa protes dan bantahan pertama ke atas kemusnahan alam sekitar ini datangnya daripada para malaikat kepada Tuhan. Ia berlaku jutaan tahun dahulu ketika pentadbir alam ini menggagaskan idea Khalifah Adam dan keturunannya sebagai wakilNya di bumi.

Isi kandungan protes terhadap kemusnahan alam sekitar itu berbunyi: “Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), pada hal kami (malaikat) sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” – (al-Baqarah:30).

Isi kandungan ‘memorandum bantahan’ itu meletakkan isu pertama; bencana dan kerosakan di atas bumi sebagai alasan utama kenapa protes sulung itu dibangkitkan dan yang keduanya mengenai pertumpahan darah sesama manusia.

Kemusnahan alam sekitar itu mendapat perhatian Tuhan kerana kita akan tersua dengan beberapa ayat al-Qur’an yang menyatakan tentang isu kemusnahan alam sekitar. Allah s.w.t berfirman bahawa hubungan kemusnahan dan kerosakan alam ini sangat erat dengan perbuatan manusia. Dua bangsa purba yang disebutkan dengan jelas di dalam al-Qur’an berhubung dengan kerosakan di muka bumi ialah Yakjuj dan Makjuj.

Mereka berkata: “Hai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj selalu melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok antara kami dengan mereka?” (al-Kahfi: 94).

Sementara itu, tragedi Tsunami pada 26 Disember lalu mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa yang menimpa kaum terdahulu di mana mereka dibinasakan oleh air kerana melakukan berbagai kerosakan di daratan.

“Mereka tetap mendustakan Nabi Nuh, lalu Kami selamatkan dia bersama-sama para pengikutnya yang beriman di dalam bahtera, dan kami jadikan mereka pengganti-pengganti (yang memakmurkan bumi) dan Kami tenggelamkan mereka yang dustakan ayat-ayat Kami (dengan banjir dan taufan sehingga punah-ranah semuanya).” (Yunus: 73)

“Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu ia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya.” (Taha :78).


Sehubungan itu, setiap tindakan manusia yang bercanggah dengan garis panduan undang-undang yang tertera di dalam al-Qur’an, pasti menerima balasan dari Tuhan sama ada cepat atau lambat, pantas atau sengaja dilengah-lengahkan.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. (ar-Ruum: 41)


Oleh itu, kerosakan oleh insan di darat akan menyebabkan timbulnya kerosakan di laut yang lewat ke daratan juga. Contohnya, bencana di daratan seperti gempa bumi di Banda, Acheh akan menyebabkan natijahnya merebak di lautan seperti Tsunami sehingga melanda ke beberapa buah negara yang lain.

Semua ini adalah pengajaran dan balasan Tuhan agar manusia kembali menginsafi dengan segala apa pekerjaan buruk yang mereka lakukan selama ini. Dari sini timbulnya idea mengenai hukuman dan pembalasan Tuhan ke atas insan yang dengan sengaja merosakkan alam dan makhluk Tuhan yang lain.

Bahkan kejadian kiamat, iaitu kerosakan seluruh isi alam ini ada kaitannya dengan kerosakan akhlak manusia, bukannya Jin atau makhluk-makhluk lain. Maka, al-Qur’an diturunkan sebagai satu laluan yang menggarap intipati ajaran atau pun sebagai perundangan yang mendidik insan mengenai tatacara mencatur kehidupan alam dengan baik. Hal ini kerana, kerosakan manusia itulah penyebab kepada kiamat seluruh alam.


Jernihkan Hubungan Insan – Alam

Syed Hossein Nasr pernah menyebut bahawa hubungan alam dengan manusia hari ini tidak terjadi sepertimana yang sepatutnya berlaku. Beliau menggunakan analogi lelaki dan wanita yang mengikat hubungan sebagai suami – isteri. Sewajarnya, si suami yang menggauli isterinya akan turut bertanggungjawab memberi nafkah.

Namun, realiti hari ini bercanggah dengan makna ideal. Wanita itu sebagai ladang tempat bercucuk tanam tidak dipelihara sebaiknya, bahkan mereka dilayan seperti pelacur dan perempuan murahan oleh kaum lelaki. Wanita dan alam ini, tidak lagi dihormati dan dilindungi bahkan keadaan mereka seperti pepatah ‘habis madu, sepah dibuang’.

Malaysia sebagai sebuah negara Islam dalam watak Melayu tidak dapat melarikan dirinya daripada perundangan Islam sebagai sumber hukum untuk mendidik manusia agar menghormati alam ini. Misalnya, terdapat undang-undang dalam ketenteraan Islam yang melarang keras tenteranya daripada memotong kayu kayan dan tumbuh-tumbuhan tatkala melanggar sesebuah negeri.

Ketenteraan Islam tidak mengganggu kaum wanita yang tidak berdaya, anak-anak kecil, orang tua yang lemah, kaum lelaki yang tidak bersenjata melainkan pasukan tentera yang menunjukkan penentangan. Tiada pertumpahan darah melainkan dengan sepatutnya. Semua ini adalah respon kepada hujah para malaikat dahulu yang membantah kewujudan insan di muka bumi.

Untuk menyelamatkan alam ini daripada dirosakkan, maka manusia memerlukan undang-undang yang ketat untuk menyelamatkan alam ini. Syed Qutb di dalam al-Ma’lim fi at-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) berkata bahawa insan adalah sebahagian daripada alam. Oleh itu, hal merampas hak insan lain seperti mencuri, mencabul kehormatan dan lainnya adalah termasuk dalam dimensi kerosakan alam juga. Kita harus berfikir dengan jelas, kenapa hal ini terus berlaku walaupun banyak akta-akta yang dipinda?

Insan berwatak suci sudah tentu mempunyai akhlak, etika atau ‘undang-undang dalaman’ yang mengawalnya daripada merosakkan alam. Tetapi, bagaimana pula dengan mereka yang tidak dapat mengawal hati daripada merosakkan alam ini?

Jika ada ratusan akta dan ‘undang-undang luaran’ yang tidak berkuatkuasa dengan kukuh sekalipun, keseluruhan alam ini terpelihara dengan baik kerana wujudnya undang-undang dalaman yang kukuh dan tebal kerana ia dirantai dengan pengawasan Tuhan.

Hal ini kerana, ‘undang-undang dalaman’ ataupun akhlak adalah objektif utama kerasulan Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri. selaras dengan perisytiharan Baginda yang bermaksud, “Sesungguhnya aku dibangkitkan bagi menyempurnakan akhlak”. Dalam hal ini, insan adalah ‘hamba’ yang mempunyai etika (akhlak) atau ‘undang-undang dalaman’ yang telah disusun oleh ‘majikan’ mereka yang menguasai organisasi alam ini.

Tetapi, dalam suasana gawat yang menyukarkan penguatkuasaan ‘undang-undang dalaman’, ada baiknya kita memikirkan kaedah-kaedah dan strategi ke arah memulihkan kedaulatan undang-undang luaran seperti akta-akta yang sedia ada bagi memelihara alam bagi menjamin kestabilan dan keseimbangan antara manusia dan alam ini.

Suruhanjaya Memperbaharui Undang-undang

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya 7 Mac lalu di Utusan Malaysia berkata, kerajaan bersetuju meminda undang-undang lapuk sebagai respon kepada usul Majlis Peguam untuk tubuhkan Suruhanjaya Memperbaharui Undang-undang. Hal ini kerana, undang-undang alam sekitar dikatakan tidak lagi begitu berkesan untuk mencegah mereka yang terbabit dalam jenayah itu.

Sementara lagi, undang-undang negara didakwa telah lapuk kerana ia diamalkan puluhan tahun dahulu sejak era penjajahan lagi. Hal memansuhkan undang-undang lama digantikan dengan yang baru tidak ada salahnya di dalam Islam. Bahkan ia diharuskan.

“Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?” (al-Baqarah:106).

Jika kita meninjau perlakuan alim ulama di zaman silam, ada antara mereka yang menukar pandangan mereka apabila mereka menemui suatu dalil dan nas yang lebih kuat. Misalnya, Imam as-Shafie r.h pernah membaharui pandangan serta fatwanya yang lama (Qaul Qadim) kepada fatwa yang baru (Qaul Jadid). Semua hal ini berlaku dengan kerana perubahan tempat. Beliau menukar fatwanya kerana realiti masyarakat di tempat barunya berlainan dengan kemaslahatan penduduk di tempat lamanya.

Sementara itu, dalam Fiqh al-Awlawiyyat, Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata bahawa fatwa boleh berubah mengikut masa dan tempat. Di sini, kita boleh melahirkan beberapa pandangan berasaskan keterangan nas, dalil dan sikap yang diambil oleh beberapa ulama’ terkemuka di atas.

Pertamanya, memansuh atau meminda akta-akta itu bertujuan mencari pilihan lain yang lebih baik atau setara dengannya. Penubuhan suruhanjaya ini amat tepatlah dengan masanya dan sesuai dengan objektifnya untuk menggantikan akta-akta yang lapuk dengan undang-undang yang lebih baik.

Keduanya, hal yang sangat rumit untuk difahami ialah tentang hak mengubah dan meminda undang-undang itu sendiri. ‘Akta-akta’ Tuhan misalnya, hanya Allah saja yang berhak mengubahnya. Sementara itu, ulamak terdahulu juga mempunyai tahap keilmuan yang tinggi dan mantap dalam usaha memahami teks al-Qur’an dan Hadis itu sendiri.

Mereka berkemampuan dalam bahasa Arab yang tinggi dan disokong dengan ilmu alat yang lain bagi menyempurnakan tugas mereka membentuk fiqah mengenai hukum zakat dan lain-lain. Imam al-Mawardi misalnya berhasil mengarang kitab panduan untuk kegunaan pemerintah Islam bertajuk Al-Ahkam Sultaniyyah wal Wilayah ad-Diniyyah.

Dalam undang-undang manusia, pihak manakah yang lebih berhak memansuh dan memindanya? Kuasa kerajaan (Government of the day) atau kuasa Parlimen? Berasaskan lunas amalan demokrasi negara dan teori pengasingan kuasa, adalah baik kita meletakkan beban dan tanggungjawab ini ke atas pundak Parlimen dan bukannya eksekutif.

Seterusnya, apabila membahaskan akta-akta lapuk, kita tidak hanya membataskan perundangan alam sekitar sahaja melainkan mestilah menjangkau kepada undang-undang lain juga seperti kenyataan Majlis Peguam. Kamus Dewan menakrifkan lapuk sebagai ‘terlalu lama atau tua, tidak berguna lagi, usang’. Bayangkan jika terlalu banyak akta lapuk, bagaimana kita mahu capai ‘kedaulatan undang-undang’ sebagai rukun negara?

Namun, tidak semua yang lama itu perlu diubah. Adat resam pelbagai masyarakat adalah sejenis ‘undang-undang’ yang diperkatakan sebagai: “tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas”. Oleh itu, tidaklah semua yang lama itu harus diubah. Apa-apa yang bercanggah dengan falsafah Melayu, al-Qur’an dan sumber-sumber kebenaran dari sudut pandangan agama-agama lain itulah yang perlu diperbetulkan semula.

Kita perlulah menyemak semua sumber kebenaran setiap agama seperti al-Qur’an, Upanishad, Bible, Sulalatus Salatin dan lain-lain agar akta-akta ini selari dengan falsafah pemikiran masyarakat kita serta sumber kebenaran dalam rangka memperbaiki akta-akta lapuk. Ini selaras dengan Perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas.

Beramal atau berpegang kepada agama dalam hal ini bererti menggunakan kitab sumber kebenaran sebagai panduan untuk menentukan hukum-hakam dalam negara bagi tujuan memperbaiki akta-akta yang lapuk. Hal ini kerana, rakyat dengan agama tertentu, pasti akan memilih hukum agamanya untuk menghukum kesalahannya sendiri. Misalnya, orang Islam lebih rela hukum Islam digunakan untuk menebus jenayahnya dan demikian juga dengan para penganut agama yang lain.

Mahasiswa yang mendalami ilmu perundangan di institusi pengajian tinggi juga disarankan untuk mengadakan seminar yang berterusan bagi tujuan mengkaji akta-akta yang sudah lapuk ini. Resolusi seminar itu bolehlah diserahkan kepada suruhanjaya untuk diteliti keberkesanannya dari semasa ke semasa. Mahasiswa juga harus memantau segala perkembangan pindaan ke atas draf undang-undang semasa Dewan Rakyat bersidang.

Sementara itu, adalah disyorkan supaya Majlis Peguam merangka kursus intensif undang-undang sivil dan undang-undang Islam khusus kepada semua wakil rakyat tanpa mengira agama – bangsa. Hal ini kerana, tidak semua mereka mempunyai latarbelakang ilmu perundangan sivil dan syariah.

Kursus intensif ini boleh dijadualkan semasa wakil rakyat tidak lagi terlibat dalam persidangan di Dewan Rakyat. Semoga dengan kelengkapan ilmu mengenai perundangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam usaha memperbaiki akta-akta.

hello ali bukhari.
how well do you know Tuan Mansor?
Sun 27-Mar-2005 01:25
Posted by:idaman
Sat 15-Mar-2008 04:15
Posted by:]
Sat 15-Mar-2008 04:15
Posted by:]
Add comment


Sunday, 6-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kerja keras bina Islam moderat - Gus Dur - [Utusan Malaysia]


MUKADIMAH

Walaupun disingkirkan daripada pentas politik - dijatuhkan dari jawatan nombor satu Indonesia, dikalahkan dalam pemilihan muktamar Nahdhatul Ulama (NU) dan dilarang bertanding sekali lagi sebagai Presiden, ternyata tidak menjadikan Abdurrahman Wahid atau lebih dikenali Gus Dur sebagai tokoh yang tidak mempunyai apa-apa peranan lagi untuk negaranya.

Malah beliau sebenarnya kini memberikan sumbangan lebih besar kepada dunia Islam dengan meneruskan usahanya mewujudkan satu suara Islam moderat (sederhana).
Beliau pernah menyuarakan Indonesia sebagai sebuah negara Islam yang moderat tetapi segala usahanya itu tidak kesampaian apabila dijatuhkan daripada tampuk pemerintahan akibat dakwaan rasuah yang masih belum dibuktikan.

Gus Dur yang melakukan lawatan peribadinya ke Malaysia semalam menyatakan betapa perlunya suara Islam moderat itu dikembangkan dalam usaha menghadapi cabaran zaman.

Beliau juga menegur sikap Pas yang tidak cuba mengambil contoh kejayaan gerakan Islam dari luar negara yang telah berjaya apabila bertindak keluar daripada kepompong fahaman konservatif.

Tetapi dalam masa yang sama Gus Dur meletakkan kepercayaan bahawa pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaras dengan Islam moderat akan berjaya.

``Saya harap usaha Pak Lah itu akan berhasil,'' kata beliau.

Ikuti cetusan pemikiran cucu pengasas NU ini berkenaan Islam moderat dalam wawancara eksklusif beliau bersama wartawan Utusan Malaysia, AZMAN ANUAR dan HELMI MOHD FOAD pagi semalam.

Selepas bapak tidak lagi memerintah Indonesia dan menerajui Nahdhatul Ulama (NU), kemudian dihalang menjadi calon dalam pilihan raya Presiden tahun lalu, jadi apa yang bapak lakukan sekarang?
GUS DUR: Setelah saya memimpin Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), saya bekerja untuk meletakkan Islam menjadi pimpinan dunia Islam. Ia telah menunjukkan hasil yang baik, yang perfect.
Sehubungan itu saya mengikuti dalam soal bidang ekonomi, politik dan kesejahteraan rakyat atau sosial.
Perhubungan politik terjadi semakin erat iaitu hubungan antara pemimpin Muslim di negara yang bermacam-macam.

Saya berhasil membina hubungan antara negara Islam dengan orang ketiga dalam pemerintah India yang dipimpin oleh Manmohan Singh dan Sonia Gandhi.

Orang ketiga itu berasal dari Kashmir bernama Ghulam Mohd. Ibrahim iaitu menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal parlimen.

Kerana apa yang diputuskan oleh Manmohan Singh dan Sonia Gandhi harus diberi kepada anggota parlimen.

Jadi tidak melihat kepada orang yang nombor satu sahaja. Saya juga berhubungan juga dengan pemimpin orang Arab di India yang berada di Karala.

Kedua, dulu banyak sekali para pemimpin negara Islam termasuk Susilo Bambang Yudhoyono dari Indonesia sangat merendahkan saya kerana semua orang mengambil Iyad Alawi- calon Perdana Menteri Iraq yang didukung oleh Amerika Syarikat (AS) tetapi saya tetap bertahan kepada Ayatullah Sistani. Dan akhirnya terbukti saya menang. (Dulu Gus Dur pernah menuntut di Baghdad. Semua tokoh Islam baik yang radikal mahupun moderat, Gus Dur kenal secara peribadi).

Tetapi banyak sekali pemimpin moderat Islam Iraq dibunuh oleh Saddam Hussein atau lari ke luar negara.
Kerana itu yang ada saja (yang masih hidup) saya kenal.

Kemudian jangan lupa bahawa Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, itu teman baik saya dan bersama dalam orientasi politik, itu dia mengambil dukungan dari sistem pendidikan yang dipimpin sekarang oleh Ghulam Ahcemid, dulunya dimulai oleh Allahyarham Syed Nursi.

Sekarang sekolah itu sudah mencapai empat juta murid di Turki. Mereka itu mengambil sains moden dan teknologi moden tetapi ditambah dengan pelajaran Islam dan diberikan contoh bagaimana berakhlak yang baik.

Itu garis orang-orang Islam Turki di Australia. Sejak mereka di sana mereka membuat jaringan sekolah yang berjumlah 400 pelajar. Sekarang sekolah itu sudah sangat besar.

Jadi di situ ada semacam (pendekatan) upaya pendidikan dan digandingkan dengan sekolah-sekolah. Tumpuan membina Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) yang berjaya menang dua pertiga suara di Parlimen.

Di sini kita melihat bahawa antara dunia pendidikan terpisah tetapi terikat dengan dunia parti.
Itu sama dengan NU di Indonesia. Saya tidak tahu mengapa Pas tidak mengambil pendekatan itu. Mungkin kerana Pas mahu terus mengislamkan Malaysia sehingga lupa cara-cara terbaik dari luar negara. Itu yang terjadi.

Dalam dua hari lalu, saya juga ada menerima e-mel daripada Presiden Sudan, minta saya untuk campur tangan dalam soal Darfur.

Mereka sudah tidak percaya lagi pada negara-negara Arab dan mudah-mudahan saya akan ke Darfur untuk turut dapat membantu menyelesaikan masalah itu.

Sekarang persoalannya menjadi demikian - Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Paul Wolfowitz mengatakan saya adalah tokoh Islam moden.

Islam di Indonesia dijadikan sebagai faktor moderasi. Kerana itu mereka menyatakan harus bekerja keras untuk membuat ini menjadi besar dan menjadikan hubungan kami dengan dunia Islam sebagaimana kami berhadapan dengan arus ekstremisme dan fundamentalis. Itu yang kita lakukan.

Bapak mempunyai ramai teman yang sekarang ini sedang memimpin dunia Islam...
GUS DUR: Oh ya... Saya pagi ini berbicara de-ngan bapak Syed Hamid Albar (Datuk Seri) begitu juga dengan Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), itu semua tokoh moderat.

Bapak cuba menggunakan pendekatan moderat dalam berdakwah. Bagaimana kita hendak menghadapi suasana sekarang dengan adanya pendekatan Islam lain yang lebih suka bertindak melalui keganasan.
GUS DUR: Itu semua kerana salah faham. Kita semua harus mendidik mereka kembali. Saya punya pendapat bahawa kaum Muslimin ini mempunyai dua pendekatan dalam menghadapi cabaran sepanjang zaman.

Kita lihat, mula-mula ada Khawarij, itu sama de-ngan para ektremis yang ada sekarang.
Saya rasa kalau kita pandai mengembangkan kemampuan organisasi, mereka akan kehilangan crowd (sokongan).

Selain daripada aksi keganasan, satu lagi masalah ialah ada pihak yang menekankan kepada soal pelaksanaan hukum syariah seperti hudud semata-mata. Bapak tadi mengatakan Pas ada membuat kesilapan, apa yang Pas perlu lakukan?
GUS DUR: Ya... Pas haruslah mencuba untuk menghadapi cabaran Islam di masa depan dan soal-soal masa sekarang.

Pas lebih kembali kepada zaman silam dan pendekatan agama dan syariah hududnya satu kesilapan.
Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi cuba mengubah pandangan dunia terhadap Islam yang disamakan dengan keganasan melalui konsep Islam Hadhari. Bagaimana pandangan Bapak?
GUS DUR: Ya saya harap semoga Pak Lah berhasil. Saya sendiri setuju dengannya. Islam Hadhari di sini sama dengan beberapa tahun dahulu di Indonesia, Nurcholis Majid ada memperkenalkan perkataan Islam Madani.

Semasa memimpin Indonesia, bapak cuba memperkenalkan Islam dengan cara yang lebih toleran, bertimbang rasa dengan agama lain, tetapi usaha itu terhalang dan tidak kesampaian. Apa yang bapak hendak buat kalau terus memerintah Indonesia?
GUS DUR: Faham keislaman di Indonesia itu berkait dengan faham kebangsaan. Hendaknya ini diturunkan kepada ajaran agama lain.
Oleh itu, saya selalu menghormati agama lain. Pada hari Krismas umpamanya saya datang ke tempat mereka.
Apabila saya menjadi Presiden, masyarakat Cina dibenarkan menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan pertama kali memberikan kebebasan untuk mereka melakukan ibadah. Ini belum pernah terjadi sebelum adanya orde baru.
Sampai sekarang Cina sangat berte- rima kasih begitu juga masyarakat Kristian.

Bapak, kalau kita bezakan antara Islam Hadhari di Malaysia dengan fahaman konservatif, maka apa yang boleh kita ambil iktibar dengan Islam kultural di Indonesia.
GUS DUR: Di Indonesia itu tidak ada Islam kultural yang demikian (Islam Hadhari). Kultural dalam erti kata konservatif seperti dalam soal berpakaian, datang ke masjid, pergi ke kuburan untuk tahlil dan sebagainya tetapi kalau mereka kuat, orang lain tidak berani melawan mereka.
Nah... orang-orang baru itu menjalankan peraturan agama, tetapi tidak tahu... itu tidak cukup bagi Islam.Ada lain-lain, bagaimana mengatur anak, bagaimana mengatur hidup dan sebagainya. Ini membuat mereka di satu pihak menjadi konservatif dan di satu pihak menjadi tolol.

Indonesia sekarang berdepan de-ngan kumpulan radikal. Kita melihat pada pascarejim Suharto, semangat Islam kembali meningkat. Apakah akan terjadi jika kumpulan ini seperti Jemaah Islamiah ditakdirkan mendapat kuasa?
GUS DUR: Mereka tidak akan dapat berkuasa. Rakyat mulai bosan dengan mereka. Terlalu banyak menuntut itu ini.

Maknanya, kalau kita mahukan kebangkitan Islam, kita tidak perlu pendekatan yang terlalu ekstrem.
GUS DUR: Ya betul, saya rasa banyak sekali pendekatan Islam yang boleh dijalankan oleh golongan majoriti yang sudah mendapat tempat.

Kalau kita lihat satu ketika dahulu Indonesia menjadi ikutan kepada orang di Malaysia, terutama dari segi pemikiran, sejak sebelum merdeka lagi. Tetapi kenapa sekarang ini tidak, malah Indonesia tidak makmur seperti Malaysia. Bagaimana ini terjadi begini?
GUS DUR: Ya itu juga tanggungjawab pemerintah untuk memakmurkan Indonesia.
Kita ambil dari yang sudah-sudah, ada ikatan antara masyarakat adil dan masyarakat makmur, kedua-duanya perlu berjalan bersama.

Termasuk timbulnya masalah pendatang tanpa izin (PATI) puncanya kerana Indonesia tidak makmur?
GUS DUR: Oh ya... masalah ini sebenarnya disebabkan perbezaan pendapatan, menjadi kewajipan pemerintah agar secepat mungkin mengangkat rakyat kepada tahap pendapatan yang mencukupi. Itu tidak lama lagi, saya jangka dalam tempoh 10 tahun lagi.
Kerana selama ini korupsi telah menyebabkan ekonomi Indonesia tidak naik-naik.
Saya teringat ketika masih baru menjadi Presiden dan Malaysia dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya berfikir, Pak Mahathir apa sebabnya membuatkan Malaysia boleh terlepas daripada IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa).
Jawabnya, saya cuba dapatkan nasihat dari Paul Krugmen.
Maka saya panggil dia (Paul) ke Istana Presiden dan bertanya mengenai perkara itu. Dia kata, ke-rana Malaysia itu birokrasinya kecil dan bersih. Bagaimana pula dengan negara saya? Saya tanya dia.
Dia kata jangan tarik balik pinjaman IMF daripada Indonesia kerana kami mempunyai birokrasi yang besar dan tidak bersih. Itulah sampai sekarang Indonesia tidak terlepas daripada IMF.
Seharusnya kami belajar kembali, dulu Petronas itu belajar dari Pertamina. Sekarang banyak masalah dari segi korupsi. Kami perlu belajar tentang bagaimana Petronas boleh berkembang ke peringkat antarabangsa dan berjalan dengan cara yang begitu bersih.

Kemiskinan menyebabkan timbul rasuah dan rasa tidak puas hati masyarakat minoriti Islam seperti di selatan Thailand yang dikatakan tidak diberikan hak. Bagaimana bapak melihat cara untuk menyelesaikan perkara ini?
GUS DUR: Setiap negara ada masalahnya. Kita harus menilai masalah itu kemudian baru mengambil keputusan untuk menyelesaikannya. Masalah di Yala, Pattani dan Narathiwat itu sebetulnya mereka main keras akibat tindakan tentera bukannya Thaksin (Perdana Menteri Thailand). Dia cuba menyelesaikan masalah itu pada mulanya tetapi menghadapi jalan buntu.

Selepas menakluk Iraq, AS dilihat cuba memanipulasi isu nuklear untuk dijadikan alasan bagi menyerang Iran pula. Apa pandangan bapak terhadap perkembangan ini kepada dunia Islam iaitu dari segi berlakunya konflik yang lebih besar?
GUS DUR: Nahnu nahkumu bi al-zawahir (Kita menghukum pada perkara yang zahir)... ya pada zahirnya Iran menyatakan itu bukan untuk menjadikan sumber tenaga.
Begitu juga di Iraq, sebenarnya tidak mempunyai apa-apa senjata.

Orang Islam selalu menyalahkan Barat terutamanya AS, mereka tidak pernah menyalahkan diri sendiri atas apa yang telah berlaku. Bagaimana pandangan bapak?
GUS DUR: Pendekatan orang Islam sekarang terbahagi dua-satu dengan pendekatan budaya macam UMNO atau organisasi NU. Mereka bekerja sendiri.
Dengan pengalaman berkerja sendiri, mereka lalu bekerja dengan baik.
Tetapi ada persepsi kedua iaitu pendekatan bersifat institusi yang melihat Islam sebagai institusi.
Ancaman bagi semua hal di dunia baik dari Barat tentu sahaja kita harus hadapi.
Secara perlahan-lahan kita dapat atasinya.
Saya anggap ini sebagai pendidikan semula kepada masyarakat Islam.

Bagaimana bapak melihat sikap bantu-membantu antara negara-negara Islam contohnya apabila berlaku bencana tsunami di Aceh dua bulan lalu.
GUS DUR: Itu timbul kerana kita ini lebih menekankan kepada negara bangsa yang merupakan kesan daripada kapitalisme.

Bagaimana bapak melihat hubungan antara Malaysia dan Indonesia yang dilihat sering berlaku masalah contohnya berhubung persoalan PATI dan tuntutan bertindih kawasan telaga minyak?
GUS DUR: Saya tidak khuatir kerana adanya hubungan yang intim antara kedua-dua negara. Kita serumpun. Saya kenal baik Pak Lah, Tun Dr. Mahathir, orang macam Tan Sri Sanusi Junid, yang tiada hubungan dengan pemerintahan, dia itu ada hubungan baik dengan Aceh.
Itu adalah hal-hal yang positif yang dapat membantu hubungan dua hala. Dalam beberapa hal kedua-dua negara ada kekuatan sendiri untuk menyelesaikan segala masalah.

Bagaimana dengan masalah JI yang dikatakan mempunyai rangkaian dengan Al-Qaeda, kita bimbang mereka mewujudkan rekrut baru.
GUS DUR: Ini tidak banyak, kita mampu me-ngatasinya. Jadi kita tidak harus khuatir. Itukan juga daripada unsur-unsur CIA (Agensi Pusat Perisikan) untuk mengacau urusan umat Islam Indonesia, begitu juga di Malaysia.

Bagaimana bapak melihat kebangkitan Islam pada zaman ini?
GUS DUR: Ya kebangkitan itu sangat diperlukan untuk membentuk masyarakat baru bagi menyelesaikan masalah-masalah sosial yang lama. Selama ini orang Islam hanya bersikap memen-tingkan Islam dalam bentuk slogan seperti Islam The Best, sedangkan orang Islam melarat.

Tue 18-Mar-2008 01:47
Posted by:dfgsvrty
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com